Skip to Content

MoneyTotem

— berdagang dengan bijak dan buat keuntungan
MoneyTotem adalah komuniti bebas pedagang dalam talian di mana sesiapa sahaja boleh mencari broker yang boleh dipercayai dan melaksanakan strategi perdagangan yang dipercayai – semuanya untuk membuat keuntungan yang stabil di Internet.
1
BDSwiss
4.25 / 5.0
23,968
pedagang
2
Olymp Trade
3.95 / 5.0
24,269
pedagang
3
eToro
3.85 / 5.0
23,898
pedagang

Apa itu opsyen binari?

Opsyen binari (pilihan binari), juga dikenali sebagai opsyen digital telah menjadi salah satu alat perdagangan yang paling popular. Setiap opsyen dihubungkan kepada aset tertentu, contohnya syer, indeks, pasangan mata wang atau harga awal produk. Keuntungan atau kerugian setiap opsyen ditentukan oleh turun naik harga aset yang dikaitkan. Opsyen binari mempunyai hayat yang telah ditentukan, boleh menjadi selama sejam, 15 minit atau hanya 60 saat selepas masa pembelian. Perbezaan harga aset antara masa masuk dan keluar akan menentukan sama ada urus niaga itu berjaya atau tidak.

Tawaran keuntungan 70-95%

Opsyen binari menawarkan pulangan tertinggi untuk satu urus niaga di antara instrumen kewangan lain yang sedia ada. Keuntungan yang tinggi bermaksud satu perdagangan yang berjaya akan dapat membantu meningkatkan pelaburan awal anda dengan ketara. Ini juga membantu melindungi modal anda. Semakin tinggi keuntungan setiap perdagangan, semakin banyak peluang seseorang untuk membuat keuntungan dalam siri perdagangan. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa keuntungan urus niaga adalah bersekadar dengan tahap risiko. Ini bermakna semua perkara lain adalah sama, kontrak opsyen dengan keuntungan yang rendah juga bermaksud kemungkinan pergerakan keuntungan yang tinggi untuk aset pendasar.

Pendapatan pasaran yang berkembang dan merosot

Opsyen binari dikenali sebagai instrumen kewangan yang sangat fleksibel kerana ia membenarkan sesiapa sahaja untuk membuat keuntungan dari kenaikan dan penurunan harga aset pendasar. Arah opsyen dipilih terlebih dahulu – pada masa sama ketika menyertai perdagangan. Opsyen untuk harga aset pendasar yang turun (juga dipanggil “opsyen pendek”) membolehkan anda membuat keuntungan dalam “pasaran bear”, contohnya apabila harga turun, yang mana memberi kelebihan kepada opsyen binari apabila dibandingkan dengan alat perdagangan tradisional (contohnya seperti syer). Dengan yang demikian, apabila menggabungkan penurunan dan kenaikan harga aset pendasar, seseorang boleh menjangka status akaun perdagangan yang lebih stabil tidak kiralah situasi pasaran itu.

Peluang perniagaan 24/7

Bersama-sama dengan pasaran mata wang, opsyen binari juga menyediakan peluang perniagaan 24/7, sekaligus mengembangkan keadaan jenis pasaran berpotensi yang menguntungkan untuk digunakan oleh pedagang. Ini juga bermaksud opsyen perdagangan dapat digabungkan dengan mudah dengan kerja sepenuh masa dan urusan-urusan lain, membantu seseorang mendapatkan pendapatan tambahan sekaligus menstabilkan kebebasan kewangan. Namun penting untuk diketahui bahawa peluang perdagangan 24//7 hanya disediakan untuk aset pendasar yang boleh didagangkan tanpa henti, contohnya seperti pasangan mata wang dan kontrak komoditi.

Deposit minima yang rendah (bermula dari $1)

Opsyen binari membenarkan anda mempraktikkan kemahiran perdagangan anda dengan modal benih yang sangat rendah – beberapa broker opsyen binari membenarkan deposit minimum sebanyak $5 dan bahkan $1. Ini sangat bagus untuk mereka yang baru dalam perdagangan dan ingin mengelak daripada mengambil risiko untuk sejumlah wang yang banyak sambil mendapat kemahiran asas perdagangan. Sebaik sahaja anda melengkapkan latihan awal dan berasa lebih yakin, anda kemudiannya boleh mendekati broker yang menawarkan instrumen perdagangan yang lebih profesional, tetapi pada masa yang sama juga memerlukan deposit yang lebih tinggi.

Kerugian dan keuntungan yang ditetapkan terlebih dahulu

Salah satu kelebihan utama opsyen binari adalah keuntungan dan kerugian setiap perdagangan telah diketahui terlebih dahulu, membolehkan pengurusan risiko yang lebih baik dan tepat semasa berdagang. Ini kemudiannya menjadikan pengurusan wang (kawalan atas status akaun seseorang dalam perdagangan aktif instrumen kewangan) jauh lebih mudah. Dalam erti kata lain, akses kepada maklumat tepat yang melibatkan dua kemungkinan hasil sebelum memasuki kedudukan pasaran sebenar membolehkan anda memilih jumlah optimum yang sanggup dilaburkan dalam setiap perdagangan.

Tiada spread apungan dan yuran tersembunyi

Opsyen binari mempunyai satu lagi ciri khas: ketelusan harga pada setiap perdagangan yang berbeza. Ini bermakna apabila berdagang, seseorang tidak perlu menjejak spread yang berubah, (perbezaan antara harga belian – permintaan, dan harga jualan – tawaran) dan hasilnya seseorang boleh lebih fokus kepada perkara yang lebih penting seperti menganggarkan pergerakan harga aset pendasar. Sumber utama pendapatan opsyen binari terletak pada perbezaan antara anggaran kerugian dan anggaran keuntungan. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, maklumat ini telah disediakan lebih awal kepada pedagang; selain itu, seseorang tidak perlu membayar komisen tambahan atau yuran transaksi yang tersembunyi.

Tinggalkan komen