Skip to Content

InstaForex - Ulasan Broker dan Pendapat Pedagang

regulation
Dikawal selia oleh FCA (Lesen Nr. 728735)
region
Menerima pedagang dari Malaysia
rating
4.7
/ 5
Rating: 5
Ulasan: 0
bonus
Bahan pendidikan percuma
Daftar dalam masa 10:00 minit dan terima hadiah
Perkara paling penting yang boleh anda lakukan sebagai seorang pedagang ialah memilih broker perdagangan dalam talian yang sesuai dengan diri anda. Akan tetapi, bagaimana seseorang memilih broker untuk berurusan? Terdapat banyak pilihan di luar sana kerana pasaran dipenuhi dengan broker perdagangan dalam talian. Masalahnya adalah, segelintir daripada broker-broker ini tidak boleh dipercayai dan mungkin satu penipuan. Oleh yang demikian, anda mesti berhati-hati dan membuat kajian yang teliti apabila membuat keputusan mengenai perkara ini. Mujurlah, untuk anda, kami mahu memudahkan keputusan anda dengan memperkenalkan broker perdagangan dalam talian yang dikenali sebagai InstaForex. Sertai kami dalam kajian berikut di mana kami akan menggali dengan lebih dalam tentang semua aspek yang membentuk broker perdagangan dalam talian ini dan melihat apa yang menjadikan InstaForex berbeza dalam persaingan dan sama ada ia boleh dipercayai atau tidak. Baca ulasan penuh
Syarat-syarat perdagangan
Aset boleh niaga:
Keuntungan opsyen:
Deposit minimum:
Jumlah minimum perdagangan:
48
sehingga -%
$10
$1
Akaun demo:
Pendaftaran dalam talian:
Sokongan panggilan:
Sokongan perbualan:
ya
ya
+442037699181
ya
Aset boleh niaga:
48
Keuntungan opsyen:
sehingga -%
Deposit minimum:
$10
Jumlah minimum perdagangan:
$1
Akaun demo:
ya
Pendaftaran dalam talian:
ya
Sokongan panggilan:
+442037699181
Sokongan perbualan:
ya
Deposit dan Pengeluaran
a_webmoneyb_visac_mastercardd_bankf_skrillg_neteller
Ulasan InstaForex
Rating broker: 4.1 / 5

1. Maklumat Syarikat

InstaForex merupakan syarikat broker paling berjaya yang telah mendominasi perdagangan dalam talian di seluruh pasaran global sejak penubuhannya pada tahun 2007. Buat masa ini, syarikat broker ini memberi perkhidmatannya kepada lebih daripada 7 juta pedagang dan mendakwa yang ia mendapat lebih daripada 1000 klien baharu setiap hari. InstaForex menyediakan kliennya dengan kebolehan untuk menyertai dalam kebanyakan pasaran global yang paling menguntungkan termasuk Forex dan CFD untuk Niaga Hadapan, Komoditi, Saham, Indeks dan Mata Wang Kripto. Syarikat broker ini dimiliki dan dikendalikan oleh InstaForex Group Ltd., iaitu sebuah syarikat Rusia dengan ibu pejabatnya yang terletak di Kaliningrad, Persekutuan Rusia. Meskipun syarikat broker ini bertapak di Rusia, ia mempunyai lebih daripada 250 pejabat di seluruh dunia dan menawarkan perkhidmatannya dalam 27 bahasa berbeza. Oleh sebab InstaForex merupakan broker perdagangan Rusia, ia dikawal selia oleh Persatuan Pasaran Kewangan Rusia (Russian Association of Financial Markets, RAFMM), tetapi juga berada di bawah bidang kuasa pihak kawal selia lain disebabkan sifat antarabangsanya. Lihat di bawah untuk agensi-agensi pengawalseliaan lain yang mengawal selia InstaForex.

  • Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Cyprus (Securities and Exchange Commission, CYSEC), Nombor Lesen 266/15
  • Lembaga Tatacara Kewangan (Financial Conduct Authority, FCA) di UK, Nombor rujukan 728735
  • Khidmat Kewangan Kepulauan Virgin British (British Virgin Islands Financial Services, BVIFS), Nombor Lesen SIBA/L/14/1082
  • Lembaga Perkhidmatan Kewangan (Financial Services Authority, FSC) Saint Vincent, Nombor Pendaftaran IBC22945

Sudah jelas bahawa InstaForex merupakan broker yang begitu dikawal selia dan boleh dipercayai dalam memberi perkhidmatan perdagangan yang selamat, terjamin dan adil. Sebagai tambahan, InstaForex telah dianugerahkan lebih daripada 35 anugerah untuk pelbagai perkara. Sebahagian daripada anugerah miliknya yang paling menonjol termasuklah: ; Broker Terbaik di Asia & Eropah Timur, Broker Jualan Forex Terbaik, Broker Terbaik dalam CIS dan banyak lagi.

2. Kelebihan dan Kekurangan

Syarat-Syarat Perdagangan yang Menguntungkan: Pedagang boleh berdagang dengan leveraj bermula daripada 1:1 hingga 1:1000. Selain itu, pedagang juga boleh memilih sama ada mereka mahu berdagang dengan spread tetap, berubah-ubah atau tiada spread, terdapat sistem yang menepati keperluan individu setiap pedagang

Pengalaman Perdagangan yang Mengujakan: Pedagang mempunyai akses ke program afiliasi VIP, sistem ForexCopy dan pelbagai promosi, peraduan dan bonus.

Dikawal selia oleh pelbagai bidang kuasa: InstaForex dikawal selia oleh Persatuan Pasaran Kewangan Rusia (Russian Association of Financial Markets, RAFMM), Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Cyprus (Cyprus Securities and Exchange Commission, CYSEC), Lembaga Tatacara Kewangan (Financial Conduct Authority, FCA) di UK, Khidmat Kewangan Kepulauan Virgin British, (British Virgin Islands Financial Services, BVIFS), dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan (Financial Services Authority, FSC) Saint Vincent, Reg.

Pilihan terbaik platform perdagangan: Pedagang boleh berdagang pada platform MetaTrader 4 (MT4), platform MetaTrader 5 (MT5), platform MT4 WebTrader, dan platform perdagangan Multiterminal.

Demografi yang agak terhad: InstaForex lebih disediakan kepada pedagang baharu berbanding pedagang profesional. Ini boleh dilihat dengan jelas pada pusat pendidikan dan bahan-bahan umum yang ditemui di laman web.

3. Syarat-syarat Perdagangan

InstaForex memenuhi standard dan keperluan kebanyakan pedagang sofistikated dengan menawarkan syarat-syarat perdagangan yang menguntungkan. Sebagai contoh, InstaForex menawarkan perdagangan dengan menggunakan leveraj bermula dari 1:1 sehinggalah 1:1000. Selain itu, pedagang juga boleh melaksanakan pesanan dengan lebih pantas disebabkan pelayan broker yang menggunakan perisian maju berteknologi tinggi yang membolehkan kelajuan pelaksanaan yang pantas untuk harga yang terbaik. Selain itu juga, bagi memenuhi keperluan berbeza para pedagang, InstaForex memberi mereka pilihan untuk memilih jenis akaun. Sebagai contoh, pedagang boleh memilih untuk membuka akaun dengan perdagangan bebas komisen berserta spread klasik, akaun dengan komisen berbanding spread, akaun sen, akaun berasingan atau akaun Islamik. Tanpa mengira jenis pedagang, wujud peluang di mana InstaForex mempunyai syarat-syarat perdagangan yang menguntungkan untuk anda.

4. Platform Perdagangan

InstaForex menyediakan para kliennya dengan pelbagai platform perdagangan yang canggih untuk dipilih. Sebagai contoh, pedagang boleh berdagang pada MetaTrader 4 (MT4), platform MetaTrader 5 (MT5), platform MT4 WebTrader, dan platform perdagangan Multiterminal.

Pilihan platform perdagangan yang pelbagai ini ditawarkan untuk memenuhi hampir setiap jenis keperluan pedagang. Semua platform adalah berprestasi tinggi dan setiap satunya mempunyai ciri yang berbeza. Sebagai contoh, platform perdagangan MT4 adalah platform perdagangan yang paling popular di seluruh dunia dan digemari oleh kebanyakan pedagang. Platform perdagangan MT5 adalah begitu serupa dengan platform MT4, tetapi menawarkan lebih banyak alat dan ciri-ciri untuk analisis teknikal lanjutan serta pembuatan pesanan. Platform MT4 WebTrader secara asasnya adalah sama seperti versi komputer, tetapi terdapat beberapa ciri yang tidak disertakan. Platform perdagangan Multiterminal ditujukan untuk pedagang atau pengurus akaun yang menguruskan akaun untuk ramai klien.

Secara keseluruhannya, platform perdagangan yang ditawarkan oleh InstaForex mempunyai kualiti terbaik dan mematuhi hampir setiap jenis keperluan pedagang. Ia bukan satu kebiasaan untuk melihat broker yang mempunyai banyak pilihan platform perdagangan seperti InstaForex.

5. Perdagangan Mudah Alih

Platform perdagangan mudah alih yang ditawarkan oleh InstaForex boleh dimuat turun daripada Apple App Store dan Google Play Store serta memaparkan banyak alat dan ciri-ciri yang terdapat pada platform komputer. Walau bagaimanapun, platform mudah alih bukanlah platform perdagangan MT4, tetapi merupakan platform perdagangan proprietari tersendiri yang dipanggil InstaForex MobileTrader. Sebaik sahaja aplikasi dipasang pada peranti mudah alih, anda boleh terus mengurus akaun anda dan berdagang mata wang, CFD saham dan logam berharga. Aplikasi ini direka dengan memikirkan kemudahan untuk pedagang dan membolehkan mereka berdagang dan mengurus portfolio semasa berada di luar.

6. Akaun Demo

Tidak seperti sesetengah broker perdagangan dalam talian, InstaForex menawarkan peluang kepada pedagang untuk membuka akaun demo yang bebas risiko dengan platform perdagangan MetaTrader 4 (MT4). Dengan akaun demo ini, para pedagang boleh berlatih berdagang 107 pasangan mata wang, 34 saham AS, kontrak niaga hadapan, komoditi, indeks dan banyak lagi. Opsyen akaun demo ini adalah amat disarankan untuk pedagang yang belum pernah berdagang forex sebelum ini atau mereka yang tidak biasa dengan platform MetaTrader.

7. Jenis Akaun

InstaForex dikhususkan untuk menampung setiap jenis pedagang dan ini boleh dicapai dengan menawarkan 3 jenis akaun berbeza. Setiap jenis akaun menawarkan sesuatu yang berbeza kepada pedagang tertentu. Lihat jenis-jenis akaun yang telah diterangkan di bawah.

Akaun Perdagangan Standard Insta
Jenis akaun ini adalah akaun standard untuk kebanyakan jenis pedagang dan bercirikan kadar spread yang tetap dengan perdagangan sifar komisen. Pedagang yang menggunakan akaun ini boleh berdagang dengan Micro Forex (deposit minimum $1-$10), Mini Forex (deposit minimum $100), dan Standard Forex (deposit minimum $1000).

Akaun Perdagangan Insta Eurica
Jenis akaun ini tidak menggunakan spread dalam perdagangan, sebaliknya komisen. Disebabkan itu, akaun ini lebih sesuai untuk pedagang baharu kerana mereka tidak perlu risau tentang spread. Selain itu, akaun ini mempunyai semua ciri yang sama seperti akaun standard.

Akaun Perdagangan Cent Standard & Cent Eurica
Akaun-akaun ini direka khusus untuk pedagang baharu kerana ia membolehkan pedagang berdagang dengan jumlah yang paling kecil. Akaun ini sesuai dengan pedagang yang mahu mencuba strategi perdagangan dan merasai sendiri pengalaman perdagangan.

8. Membuka Akaun

Membuka akaun dengan InstaForex adalah ringkas, cepat dan mudah. Apa yang hanya perlu dilakukan oleh pedagang ialah memberi nama mereka, alamat e-mel dan nombor telefon. InstaForex kemudiannya akan menghantar e-mel untuk arahan melengkapkan pendaftaran akaun. Minimum deposit untuk membuka akaun hanyalah $1 untuk semua jenis akaun, dan nilai ini adalah sangat rendah berbanding kebanyakan perdagangan dalam talian yang lain. Untuk mendapat akses ke semua alat dan ciri-ciri yang ditawarkan oleh InstaForex, pedagang mesti mengesahkan akaun mereka. Sehinggalah akaun pengguna disahkan, pedagang hanya mendapat akses 60% dari peluang yang ditawarkan oleh InstaForex.

9. Pengeluaran Dana

Pengeluaran adalah agak mudah dengan InstaForex dan boleh dilakukan melalui pelbagai kaedah pembayaran. Semua pengeluaran diproses pada hari Isnin hingga Jumaat bermula dari 10pg – 7mlm dan pedagang mesti mengisi dan menghantar permintaan pengeluaran dalam tempoh masa ini. Kaedah-kaedah yang disediakan untuk pengeluaran adalah luas dan termasuk; Pindahan Wang ke Kad Bank, Pindahan Wayar Bank, ePayments, MegaTransfer, PayCo Transfer, pengeluaran Bitcoin, pengeluaran Litecoin, Skrill, Neteller, Solidtrust Transfer, China Union Pay, PaySec, Paxum Transfer, dan BPay.

10. Latihan Pedagang

InstaForex menyediakan pedagang dengan pelbagai bahan pendidikan dan sumber. Broker memenuhi keperluan pedagang baharu dan melakukan apa yang mereka mampu untuk membantu pedagang berjaya. Bahan pendidikan dan latihan disediakan untuk klien-klien InstaForex adalah artikel bermaklumat, video, panduan, tutorial, glosari, temu ramah video, berita pasaran dan kursus mengenai cara berdagang dan melabur dalam pelbagai instrumen kewangan. Walaupun kebanyakan bahan pendidikan adalah untuk pedagang baharu, sebahagian daripadanya juga adalah untuk pedagang berpengalaman bagi membantu mereka mengembangkan kemahiran mereka. Secara keseluruhannya, bahan pendidikan dan latihan yang disediakan oleh InstaForex adalah tidak mengecewakan.

11. Perlukah saya berdagang dengan InstaForex?

InstaForex adalah broker perdagangan dalam talian untuk setiap jenis pedagang. Jadi jawapannya ialah ya, kami percaya yang setiap orang perlu mencuba InstaForex. Broker ini menawarkan pelbagai jenis aset yang boleh didagangkan dan pelbagai platform perdagangan untuk dipilih. Selain itu, InstaForex juga mempunyai pelbagai jenis akaun untuk memenuhi keperluan perdagangan anda serta komisen dan spread yang menguntungkan. Apabila memilih untuk berdagang dengan InstaForex, ia adalah pilihan yang tepat.

Ulasan tentang InstaForex

Komen tentang InstaForex
( 0 )
Rating pengguna: 4.7 / 5

Tinggalkan komen