Skip to Content

BDSwiss – Ulasan Terperinci dan Maklum Balas Pedagang

4.3 / 5
Lawati Laman
Binary options are not available to retail EU traders. If you are not a professional trader, please leave this page

BDSwiss (Banc de Swiss) adalah salah satu broker opsyen binari Eropah yang terbesar; ia dikendalikan oleh BD Swiss Holding PLC, didaftarkan di Cyprus. Syarikat ini mematuhi kebanyakan standard moden dan menawarkan perkhidmatan berkualiti untuk pedagang di semua peringkat.

1. Maklumat umum

Pada tahun 2013, BDSwiss mendapat lesen daripada pengawal selia kewangan Cyprus, CySec. Syarikat ini juga dikawal selia di tempat lain di EU dan mempunyai ibu pejabat di Jerman. Walaupun hakikatnya ia merupakan broker yang agak baru, penting untuk mengetahui tentang betapa pantasnya ia menjadi popular dan mendapat simpati di antara ramai pedagang.

Penekanan khas diberikan kepada komunikasi secara langsung dengan para pelanggan. Anda boleh menghubungi Kumpulan sokongan DBSwiss melalui sembang dalam talian di laman webnya, atau melalui telefon atau e-mel. Tidak kira apa pun, masalah-masalah biasanya diselesaikan dalam masa yang paling singkat.

Sejak penubuhannya, BDSwiss.com melakukan yang terbaik untuk mencipta platform yang laju, boleh dipercayai dan pelbagai fungsi untuk perdagangan opsyen binari. Ia boleh dipanggil broker moden yang layak mendapat perhatian daripada pedagang-pedagang yang serius.

2. Kelebihan dan kekurangan

Platform terkenal: Platform broker beroperasi berasaskan SpotOption, produk popular dengan antara muka ringkas dan intuitif yang menyelesaikan masalah untuk menerokai platform.

Platform berbilang bahasa: Pada masa ini, laman web dan sokongan pelanggan disediakan dalam 19 bahasa, satu fakta yang membantu syarikat menjadi popular dengan cepat dalam usahanya untuk menjadi salah satu broker opsyen binari terkemuka di dunia.

Broker untuk semua orang: Jumlah minimum deposit yang boleh anda mulakan untuk berdagang ialah $100; jumlah minimum perdagangan ialah $5. Disebabkan syarat-syarat ini, platform broker sesuai untuk kedua-dua pedagang profesional dan baru, sesiapa yang boleh belajar berdagang tanpa mengambil risiko atas sejumlah wang yang besar.

Pelbagai pilihan aset: BDSwiss menawarkan perdagangan dalam 171 aset pendasar daripada empat kategori utama: saham, mata wang, indeks dan komoditi. Penting juga untuk mengetahui bahawa terdapat enam jenis kontrak opsyen yang disediakan untuk perdagangan.

Sokongan setiap masa: Seperti yang dinyatakan di atas, pelanggan boleh mendapatkan jawapan soalan mereka dengan agak cepat menggunakan salah satu cara berikut untuk menghubungi syarikat: sembang langsung, telefon atau e-mel. Sokongan disediakan dalam semua bahasa yang terdapat di laman web.

Pengurus peribadi: Setiap klien baru menerima seorang pengurus peribadi yang sedia memberikan sokongan melalui telefon atau dengan cara lain.

Peraturan-peraturan: Broker dikawal selia oleh pengawal selia kewangan Cyprus– CySec (nombor lesen 199/13). Di samping itu, syarikat dikawal selia di negara-negara EU lain yang memastikan ketelusan dan kebolehpercayaan broker.

Peratusan bayaran tinggi: Apabila ramalan betul, pedagang boleh menerima sehingga 85% keuntungan dalam satu transaksi.

Latihan: Perhatian utama diberikan untuk mendidik pedagang. Webinar eksklusif diadakan secara tetap selain daripada bahan-bahan pembelajaran percuma, sokongan pakar dan faedah-faedah lain.

Aplikasi mudah alih: Pedagang BDSwiss boleh berdagang di seluruh dunia dan dari mana-mana peranti, menggunakan versi mudah alih untuk telefon pintar dan tablet mereka yang boleh didapati untuk Android dan iOS.

Platform perbincangan: Dengan bantuan platform Perbincangan, anda boleh berkongsi pengalaman dan berkomunikasi dengan para pedagang lain menerusi cara-cara komunikasi yang disediakan.

Alat-alat yang berguna: Platform menyediakan alat-alat tambahan untuk perdagangan yang menguntungkan – kalendar ekonomi, analisis pasaran oleh pedagang profesional, blog, dan sebagainya.

10% bayaran balik untuk perdagangan yang tidak berjaya: Pilihan ini boleh dikonfigurasi oleh pedagang dan boleh menjejaskan peratusan bayaran untuk perdagangan yang menguntungkan.

Tiada sokongan telefon Windows: Platform mudah alih tidak disediakan untuk peranti Windows pada masa ini.

3. Syarat-syarat perdagangan

Syarat-syarat perdagangan yang disediakan oleh syarikat sesuai untuk mereka yang tidak mahu melabur jumlah yang besar dalam perdagangan dan juga untuk mereka yang bersedia untuk berdagang jumlah wang yang besar. Jumlah minimum deposit ialah $100, manakala jumlah minimum pelaburan ialah $5; akaun perdagangan boleh dibuka dalam USD, EUR atau GBP.

Dalam kes ramalan yang tepat untuk pergerakan harga, pedagang menerima 65-85% keuntungan untuk setiap urus niaga. Untuk kebanyakan aset pendasar, senarai harga dijana berdasarkan formula (tawaran + permintaan)/2, sebab itulah kami menasihatkan untuk memeriksa sekiranya isyarat pihak ketiga atau perkhidmatan indikator menggunakan prinsip penentuan harga yang sama jika anda menggunakan satu daripadanya untuk memperbaiki keputusan perdagangan anda.

4. Aset-aset pendasar

Platform broker menyediakan lebih 170 aset daripada empat kategori utama: pasangan mata wang, saham, komoditi dan indeks. Kepelbagaian tersebut membuka sempadan baru untuk para pedagang, membenarkan anda mencuba sendiri pasaran baru dan membuat lebih banyak keuntungan dalam perdagangan. Di bahagian Aset di laman web syarikat, anda boleh menemui waktu buka/tutup untuk pelbagai aset yang disediakan.

Berbaloi untuk menyatakan yang platform juga menawarkan aset yang lebih eksotik, seperti USD/ZAR, USD/SGD, USD/RUB, USD/BRL, atau USD/TRY, memberi peluang mempelbagaikan strategi perdagangan anda dengan menyertai pasaran yang kurang berdaya saing.

5. Platform perdagangan

Para pemaju syarikat telah menggunakan sistem SpotOption yang popular sebagai asas platform perdagangan. Ia terkenal kerana pelaksanaan perdagangan yang cepat, intuitif dan antara muka yang mudah digunakan serta kelewatan, gelinciran dan gangguan-gangguan lain yang sedikit. SpotOption yang berkualiti tinggi disahkan oleh fakta bahawa platform ini sedang digunakan oleh pelbagai broker opsyen binari yang besar. Platform tidak memerlukan muat turun ke komputer – anda boleh berdagang terus dalam pelayar anda.

Pada masa ini, terdapat enam jenis kontrak opsyen yang terdapat dalam platform BDSwiss:

  • “Beli/Jual” – instrumen paling popular di mana anda perlu meramal sama ada harga aset pendasar akan bergerak ke atas atau ke bawah paras pembukaan transaksi dalam masa 10, 15, 30 atau 60 minit. Jenis opsyen ini boleh didagangkan pada mana-mana aset yang terdapat pada platform.
  • “Pasangan” – ramai daripada anda yang biasa dengan konsep pasangan mata wang, di mana mata wang negara berbeza dianggap berlawanan antara satu sama lain. Instrumen “Pasangan” mempunyai prinsip yang sama: ia membenarkan anda bertaruh pada prestasi relatif dua aset, sebagai contoh saham Shell melawan minyak mentah.
  • “60 saat” atau opsyen jangka pendek. Prinsip asas di sini adalah sama dengan opsyen “beli/jual”; perbezaannya hanyalah pada masa tamat tempoh yang mana boleh ditetapkan pada 60, 90, 120, 180, atau 300 saat berbanding mengikut jam atau hari.
  • Opsyen “jangka panjang” sesuai untuk pedagang yang lebih sukakan rangka masa yang lebih panjang; masa tamat tempoh mungkin berbeza dari penghujung minggu sekarang sehingga hujung tahun hadapan.
  • “Ladder” – dalam kes ini, broker menetapkan paras harga tertentu berkait dengan aset yang dipilih; pedagang perlu menentukan tahap yang akan dicapai oleh harga aset dalam tempoh masa yang ditetapkan.
  • “Satu sentuh” serupa dengan opsyen “ladder” – pedagang meramal sama ada harga aset pendasar akan menyentuh paras harga yang telah ditetapkan sekurang-kurangnya sekali sebelum tamat tempoh opsyen. Sebagai peraturan, opsyen “ladder” dan “satu sentuh” adalah lebih berisiko, tetapi juga menawarkan bayaran lebih daripada 85%.

Satu lagi kelebihan platform BDSwiss adalah ciri “Pro Trader” yang mana apabila diaktifkan akan memaparkan carta aset yang dipilih dengan indikator teknikal dan alat-alat berguna yang lain. Dengan menggunakan carta tersebut, anda boleh menganalisis pasaran dan membuat keputusan kemasukan terus dari platform broker.

6. Perdagangan mudah alih

BDSwiss memberi banyak perhatian kepada aplikasi mudah alih yang membolehkan anda berdagang dari mana-mana lokasi yang mempunyai akses Internet. Versi platform mudah alih hanya berbeza dengan versi komputer pada lokasi dan saiz elemen antara muka; selain itu, ia menawarkan satu set ciri yang hampir serupa dan juga beroperasi dengan laju. Aplikasi disegerakkan secara automatik dengan platform web dalam masa nyata, ia bermaksud anda boleh menggunakan kedua-duanya secara saling tukar ganti dengan akaun BDSwiss yang sama. Platform mudah alih boleh dimuat turun secara percuma melalui Google Play atau App Store.

7. Deposit dan Pengeluaran

Anda boleh membuka akaun dengan mengklik butang “Buat Akaun” di laman web rasmi broker. Maklumat berikut diperlukan untuk melengkapkan proses pendaftaran: nama pertama anda, nama keluarga, nombor telefon, e-mel, kata laluan, jantina, tarikh lahir, negara tempat tinggal dan mata wang di mana anda akan membuat deposit. Berbaloi untuk dinyatakan yang anda hanya boleh mengeluarkan wang ke sistem pembayaran sama yang telah digunakan untuk membiayai akaun. BDSwiss menyokong kaedah pembayaran berikut: Visa, MasterCard, dan kad debit/kredit Maestro; sistem pembayaran elektronik Ukash dan pindahan bank.

Untuk mengelakkan pelaburan wang haram, setiap pelanggan baru diperlukan untuk mengesahkan identiti mereka dengan menyediakan imbasan atau gambar ID peribadi (pasport, lesen memandu, dll). Jumlah minimum pengeluaran ialah $10. Sebagai peraturan, wang dipindahkan ke akaun benefisiari dalam tempoh 2-8 hari bekerja, bergantung kepada kaedah transaksi.

Keselamatan transaksi dijamin oleh sijil elektronik SSL (Lapisan Soket Selamat) yang menjamin keselamatan dana serta privasi transaksi anda.

8. Pendidikan pedagang

Broker telah menyediakan bahagian pendidikan yang meliputi semua aspek perdagangan opsyen binari yang boleh ditemui di bahagian “Pendidikan” laman web BDSwiss. Di samping itu, pakar-pakar syarikat sentiasa mengadakan webinar eksklusif, tinjauan pasaran keluar dan menyediakan bahan-bahan pendidikan percuma yang lain. Satu lagi cara untuk mendapatkan bantuan perdagangan adalah dengan menghubungi pengurus peribadi anda atau sokongan pelanggan.

9. Haruskah saya berdagang dengan BDSwiss?

Syarat-syarat perdagangan yang ditawarkan oleh BDSwiss menyatakan yang broker terus berusaha untuk kekal menjadi salah satu ketua industri. Syarikat dikawal selia oleh pihak berkuasa kewangan EU, menawarkan platform perdagangan terkemuka, berkelajuan tinggi dengan 170+ aset dan enam jenis instrumen. BDSwiss menawarkan latihan langkah demi langkah dan sentiasa bersedia dalam memberi sokongan segera dan menyelesaikan apa-apa isu dalam masa singkat yang mungkin. Sejak penubuhannya, broker telah berjaya membuktikan kecekapannya, memantapkan reputasi dan memenangi kedudukan teratas dalam pelbagai rating. Anda boleh berkenalan dengan BDSwiss dengan membuka akaun demo atau bermula dalam akaun sebenar dengan jumlah wang yang sedikit untuk merasai pasaran sebenar.

Di bahagian komen di bawah, anda dialu-alukan untuk berkongsi cerita dan pengalaman perdagangan anda dengan broker. Apa pendapat anda tentang BDSwiss?

Binary options are not available to retail EU traders. If you are not a professional trader, please leave this page

Ulasan tentang BDSwiss

Komen tentang BDSwiss
( 0 )
Rating pengguna: 4.1 / 5

Tinggalkan komen

BDSwiss – Ulasan Terperinci dan Maklum Balas Pedagang

Lawati Laman