Skip to Content

IQ Option – Ulasan Broker dan Maklum Balas Pedagang

regulation
Dikawal selia oleh CySEC (lessen 247/14)
region
Menerima pedagang dari Malaysia
rating
3.9
/ 5
Rating: 1
Ulasan: 0
bonus
Bahan-bahan pendidikan percuma
Daftar dalam masa 10:00 minit dan terima hadiah
IQ Option baru sahaja ditubuhkan, tetapi dalam beberapa tahun beroperasi ia telah berjaya berkembang menjadi salah satu syarikat broker opsyen binari terbesar di Eropah. Faktor utama yang mempengaruhi pertumbuhan pesat tersebut adalah gabungan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan pendekatan demokrasi. IQ Option menyediakan perdagangan untuk orang ramai, sementara pada masa yang sama syarikat telah melabur dengan banyak untuk kualiti platform mereka, perkhidmatan bantuan dan sokongan, dan juga menawarkan pelbagai alat perdagangan. Di Kesatuan Eropah, IQ Option dikawal selia oleh CySec (nombor lesen 247/14) dan mengikut norma-norma MiFID. Baca ulasan penuh
regulation 1
Broker terdapat dalam senarai daftar Lembaga Perlakuan Kewangan (United Kingdom)
regulation 2
IQ Option dikawal selia oleh CySEC dan mengikut undang-undang dan garis panduan MiFID.
Anugerah dan tajaan
rewards
Syarat-syarat perdagangan
Aset boleh niaga:
Keuntungan opsyen:
Deposit minimum:
Jumlah minimum perdagangan:
82
sehingga 95%
$10
$1
Akaun demo:
Pendaftaran dalam talian:
Sokongan panggilan:
Sokongan perbualan:
ya
ya
+357 25 262 010
ya
Aset boleh niaga:
82
Keuntungan opsyen:
sehingga 95%
Deposit minimum:
$10
Jumlah minimum perdagangan:
$1
Akaun demo:
ya
Pendaftaran dalam talian:
ya
Sokongan panggilan:
+357 25 262 010
Sokongan perbualan:
ya
Deposit dan Pengeluaran
b_visac_mastercardd_bankf_skrillg_neteller
Ulasan IQ Option
Rating broker: 4.2 / 5

1. IQ Option – broker untuk semua

Salah satu platform perdagangan opsyen binari yang paling moden dan selesa, dibangunkan oleh sekumpulan pedagang terkemuka, penganalisis dan pakar teknologi yang membolehkan IQ Options menawarkan peluang perdagangan bertahap tinggi kepada pedagang opsyen binari yang baru dan profesional. Platformnya menawarkan opsyen binari klasik dalam kategori aset yang berlainan (indeks, mata wang, saham) dan juga opsyen turbo yang kini sedang popular (60 saat).

2. Kelebihan dan keburukan

Dikawal selia oleh CySec: broker ini dikawal selia oleh CySec yang menjamin semua perkhidmatan yang diberikan adalah mengikut peraturan Kesatuan Eropah.

Platform perdagangan yang mudah: ia adalah platform milik syarikat yang membolehkan mereka menyelenggara dan mengemaskininya, menyesuaikannya mengikut keperluan para pedagang.

Deposit minimum yang rendah: seseorang boleh mula berdagang dengan deposit serendah $10 dengan bidaan minimum sebanyak $1.

Akaun demo: syarikat ini menawarkan satu peluang kepada setiap pengguna berdaftar untuk mengembangkan kemahiran berdagang mereka, mencuba strategi dan membiasakan diri dengan platform perdagangan tanpa perlu membayar deposit.

Pertandingan pedagang: dengan bantuan pertandingan yang kerap, syarikat telah berjaya membangunkan komuniti pedagang mereka sendiri, di mana setiap pedagang bermotivasi untuk mengembangkan kemahiran perdagangan mereka dan memenangi sedikit wang. Pertandingan tersebut berlangsung setiap minggu. Terdapat pertandingan percuma dan pertandingan di mana anda perlu membayar yuran penyertaan.

Bilangan komoditi yang terhad: pada masa ini, satu-satunya komoditi yang ditawarkan oleh broker adalah emas dan perak. Mari kita berharap yang syarikat akan terus menyediakan lebih banyak instrumen perdagangan kepada para pedagangnya.

3. Syarat-syarat perdagangan

IQ Option menawarkan beberapa syarat-syarat perdagangan yang terbaik berbanding broker opsyen binari lain di dalam pasaran Eropah. Ambang minimum deposit adalah $10, manakala tawaran minimum boleh serendah $1. Ia juga menawarkan pelbagai cara deposit/pengeluaran wang yang merangkumi pelbagai sistem pembayaran.

Klien ditawarkan dengan dua jenis instrumen perdagangan yang mana boleh dibezakan mengikut tarikh tamat tempohnya. Opsyen binari klasik mempunyai tarikh tamat yang pelbagai antara 15 hingga 60 minit, manakala opsyen ‘turbo’ berlangsung selama satu dan tiga minit. Opsyen jangka pendek membolehkan anda mempelbagaikan strategi perdagangan dan juga menangkap waktu turun naik yang tinggi, mengaut keuntungan dari turun naik pasaran jangka pendek.

4. Aset pendasar

IQ Option menawarkan pilihan lebih daripada 80 aset, termasuklah pasangan mata wang, indeks saham antarabangsa terbesar, saham syarikat individu dan logam-logam berharga. Pilihan yang luas itu merangkumi kebanyakan kelas aset kewangan dan menyediakan pedagang dengan peluang untuk memilih strategi perdagangan yang memenuhi keutamaan peribadi mereka dengan mengambil kira risiko dan keuntungan. Kami berharap di masa hadapan syarikat akan terus menambah pilihan yang sedia ada, kerana pada masa ini jumlah aset masih lagi sedikit berbanding pilihan yang ditawarkan oleh broker besar opsyen binari yang lain.

5. Platform perdagangan

Berbaloi untuk dikatakan bahawa tidak seperti kebanyakan syarikat lain, IQ Option melabur dalam platform perdagangan mereka sendiri, yang mana dibangunkan untuk memenuhi keperluan klien syarikat. Platform ini terus mendapat pujian dan menerima banyak anugerah untuk antara mukanya yang begitu mesra pengguna; di antara anugerah tersebut adalah “Broker Opsyen Binari Paling Inovatif”, hadiah daripada Show FX World dan “Platform Perdagangan Terbaik” dari Forex Award.

Platform perdagangan IQ Option boleh digunakan di komputer peribadi dan juga peranti mudah alih. Antara mukanya adalah berasaskan graf dinamik yang menunjukkan perkembangan harga aset dalam masa nyata. Salah satu perbezaan utama antara platform IQ Option dan kebanyakan broker opsyen binari lain adalah set fungsi tambahan seperti zum masuk/keluar pada kawasan carta, melukis garisan, lengkung dan rajah-rajah lain pada graf. Panel tepi di bahagian kiri boleh ditetapkan untuk memaparkan sejarah perdagangan, ‘live leaderboard’, suapan berita ataupun bahan-bahan pendidikan.

6. Berdagang dengan bantuan peranti mudah alih

Aplikasi perdagangan IQ Option untuk tablet dan telefon pintar sudah tentu berbaloi untuk dinyatakan. Ia membolehkan anda berada ‘dalam pasaran’ walaupun ketika anda tidak bekerja. Platform mudah alih ini berfungsi hampir seperti versi penuh, perbezaan hanyalah pada susun atur dan saiz elemen berasingan antara muka. Platform ini disediakan untuk pengguna Android dan iOS dan boleh dimuat turun secara percuma dari Google Play dan App Store.

7. Akaun demo

Akaun demo percuma akan tersedia sebaik sahaja anda membuat akaun peribadi, dan ia memberi anda akses kepada kes maya berjumlah $1000. Ia membolehkan anda menjalankan semua jenis perdagangan yang disediakan untuk pengguna dengan akaun sebenar. Ini membolehkan para pedagang mencuba strategi perdagangan mereka dan membiasakan diri dengan platform tanpa perlu membuat deposit wang. Berbaloi untuk diperhatikan bahawa pada baru-baru ini, syarikat telah memperkenalkan kemungkinan untuk menambah akaun demo, bermaksud jika anda kehabisan semua wang maya, anda dapat menambah lebih banyak duit maya. Dalam sebarang kes, anda dinasihatkan untuk mencuba satu strategi menggunakan jumlah wang yang sedikit ($1-5 setiap dagangan) untuk merasai suasana pasaran secepat yang mungkin.

8. Membuka akaun

Mana-mana akaun demo boleh ditukar menjadi akaun sebenar dengan mudah, hanya dengan mendepositkan sedikit wang. Dalam kes ini, jumlah wang maya dalam akaun anda akan hilang dan baki akan sama dengan jumlah deposit anda. Untuk membuka akaun sebenar, anda perlu klik pada butang hijau di sudut kanan bahagian atas halaman utama broker, atau dengan klik pada kawasan sama di sudut atas kanan antara muka akaun demo perdagangan. Proses ini terdiri daripada dua peringkat – membuat akaun (langkau jika anda telah mempunyai akaun demo) dan depositkan wang. Langkah pertama juga boleh dilakukan menggunakan akaun Facebook, Google+, atau Gmail. Wang boleh didepositkan menggunakan kad bank (Visa, MasterCard) atau menggunakan beberapa sistem pembayaran digital yang paling popular.

9. Akaun VIP

Pedagang-pedagang yang sudah biasa dengan opsyen binari ditawarkan untuk mendaftar akaun VIP (baca lebih lanjut di laman web IQ Option), yang memberi akses kepada perkhidmatan tambahan seperti akses percuma untuk kemas kini isyarat perdagangan, pengurus peribadi, dan pengeluaran dana yang lebih cepat (dalam masa 24 jam). Akaun VIP disediakan dengan deposit melebihi $1000.

10. Pengeluaran dana

Dana boleh dikeluarkan mengikut apa-apa cara yang dinyatakan di atas untuk deposit. Untuk memulakan pengeluaran, seseorang perlu memohon dari akaun, memberi maklumat peribadi dan cara pengeluaran yang diinginkan. Permohonan biasanya mengambil masa sehingga tiga hari bekerja untuk diproses; dan pada waktu tersebut syarikat mungkin meminta dokumen tambahan untuk menjamin transaksi. Ini mungkin termasuk sebagai contohnya, imbasan dokumen pengenalan. Status permohonan anda boleh dijejak dalam ruang peribadi akaun anda.

11. Latihan pedagang

IQ Option banyak memfokuskan kepada peningkatan tahap kesedaran kewangan dan kemahiran berdagang di kalangan klien mereka. Sesiapa sahaja boleh menemui banyak bahan pembelajaran interaktif di laman webnya. Selain itu, syarikat mengadakan seminar dalam talian mingguan yang direka untuk pedagang yang baru atau mahir. Selain daripada itu, kami ingin memaklumkan satu kursus jangka pendek yang bermatlamat untuk membantu seseorang belajar menggunakan platform perdagangan. Ia boleh diakses dari bahagian menu “Untuk pedagang”, bahagian “Tutorial video” di halaman utama broker. Kursus ini terdiri daripada 9 bab, menunjukkan prinsip-prinsip operasi dan elemen sistem perdagangan broker.

12. Patutkah saya berdagang dengan IQ Option?

IQ Option adalah broker ‘universal’ yang menjadikan perdagangan mudah dan boleh diakses oleh para pedagang baru dan berpengalaman. Para pedagang berpengalaman akan menghargai faedah istimewa akaun VIP, dan juga set fungsi untuk membantu menyesuaikan graf serta aplikasi mudah alih yang boleh digunakan. Namun demikian, pilihan aset utama yang sedikit terhad juga mungkin membataskan pilihan strategi perdagangan seseorang. Para pedagang baru mendapat lebih banyak kelebihan menggunakan platform ini – ambang deposit minimum yang rendah dan adanya akaun demo yang berfungsi sepenuhnya (begitu jarang didapati di kalangan broker opsyen binari), serta platform mesra pengguna dan fleksibel dengan bahan pembelajaran yang banyak.

Ulasan tentang IQ Option

Komen tentang IQ Option
( 0 )
Rating pengguna: 3.9 / 5

Tinggalkan komen